Wednesday 20 April 2011

SUMAYYAH

ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA


''Sgt suka dengan lirik2 lagu ini,diharapkan dapat memberikan pedoman pada diri saya sendiri''


Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan……
padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinar akidah…..
sabarlah keluarga yasir
bagimu syurga disana
dan kau pun tegar memilih syurga
walau terpaksa mengoban nyawa
lalu tombak ! yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah…..
darahmu menjadi sumbu pelita iman
sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah….
sumayyah kau dibunuh didunia sementara
untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah…

''LAILAHILAALLAH''

Subahana'Allah

Apa yg ingin saya kongsi di laman sy sedikit sebanyak memberikan keinsafan pada diri sy sendiri,
Saya umatnya yang terlalu lalai dan leka dgn pentas dunia yg penuh warna warni..
Walhal sejak dari kecil ibu sy mengajar sy ttg agama,tidak cukup dgn itu ibu sy menghantar sy mengaji dn sekolah agama..

Yaallah,sungguh besar kuasamu..

Asal api didunia,ketika nabi adam di hantar kedunia kerana kesalahannya memakan buah larangan,
maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibrail supaya mengambil sedikit api neraka untuk dihantar kedunia bagi kegunaan nabi adam,maka jibrail pun di perintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api iaitu Malaikat Zabaniah,

Jibrail : Wahai zabaniah,aku di perintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka bagi dihantar
            kedunia untuk kegunaan Adam disana.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu wahai Jibrail?

Jibrail : Berilah sebesar '' buah kurma ''.

Zabaniah : Oh tidak....kalau sebesar buah kurma api neraka itu yang engkau bawa,nescaya akan cairlah
                 7 lapis langit dan 7 lapis bumi akibat kepanasan.

Jibrail : Kalau begitu berilah kepadaku sebesar separuh dari buah kurma.

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan
                 turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di
                 bumi nanti.

Maka jibrail menjadi buntu untuk meminta sebesar mana api yang di mana api yang di minta.Dia pun lalu menghadap Allah untuk mengetahui sendiri saiz api yang perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibrail mengambil sebesar zarah yakni sebesar atom yang tidak dapat dilihat oleh mata.


Maka Jibrail mengambil api neraka sebesar zarah dari malaikat zabaniah,tetapi akibat terlalu panas,api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupkannya didalam 70 buah sungai dan di setiap sungai itu direndam pula sebanyak 70 kali.

selepas itu baharulah jibrail membawa turun api tersebut dan di letakkan di atas bukit yang tinggi,Sejurus
setelah diletakkan,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan mencair.Bimbangkan dunia ini akan lebur,maka segeralahMalakat jibrail mengambil semula api tersebut dan menghantarnya semula ke neraka.Sisa-sisa api itulah yang terdapat di dunia ini seperti yang sering kita gunakan pada hari ini untuk pelbagai keperluan bahkan termasuklah dari api gunung berapi dan sbgnya..

Bayangkanlah kepanasa api neraka yg sebesar zarah terpaksa dicelupkan dahulu,Jadinya kita sebgai umatnya,mampukah bertahan di dalam api tersebut???Boleh kah amalan kita yang sedikit itu dapat menyejukan api disana??

''NAUZUBILLAH''

Tuesday 19 April 2011

LIDAH bermula segalanya

"MUNGKIN APA YANG KITA LIHAT TIDAK SEPERTI YANG KITA LIHAT DAN MUNGKIN APA YANG KITA DENGAR TIDAK SEPERTI YANG KITA DENGAR"

Saya memulakan tulisan ini dengan izin dari Allah SWT.. Mungkin tulisan ini lain ceritanya dengan yang lain tetapi akar umbinya tetap sama iaitu sy lihat dan sy rasa dari pengalaman sy sendiri,adakalanya kita sebagai manusia alpa dan leka dengan keadaa sekeliling,

Dan adakalanya kita juga terasa diri terlalu bagus untuk di bandingkan dgn org lain,walhal ''TEPUK DADA TANYA SELERA''...

Dan adakala kita juga suka menuding jari kearah org lain demi kepetingan diri sendiri..Kita sebagai manusia juga adakala suka bercerita kosong tentang diri org lain,dan kita lupa kadangkala ia boleh menimbulkan fitnah..''SUBAHANAALLAH''..

Apabila kita duduk berkumpul beramai ia boleh mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan,
 - kebaikannya kite boleh bercerita keadaan yang benar dan bertukar-tukar pendapat.
 - keburukan yang akan kita dapat adalah dosa yang kita cipta sendiri tanpa sedar iaitu suka mengata  
   tentang org lain dan suka menilai yang buruk tentang individu tersebut...

Saya bukan lah mengatakan saya ini USTAZAH @ HAJAH..saya juga tanpa sedar berada di golongan tersebut.Bagaimanakah kita ingin melentur 'rebung' sedangkan diri kita sendiri telah menjadi 'buluh' peculiar ? siapa yang mesti kita  Ibu bapa ? Saudara-mara ? Atau masyarakat sekeliling ? Pernahkah kita menyalahkan diri kita sendiri ? bukankah kita layak dipersalahkan kerana kita bertanggungjawab terhadap perbuatan kita sendiri ? Sebelum keadaan menjadi sejarah bukankah akal diberikan untuk mengimbanginya, mana yang baik dan mana pula yang buruk ?

Kata orang melayu "terlajak perahu boleh ditarik semula, terlajak kata sendiri yang merana". mungkin hari ini 'kebahagiaan' milik kita tapi esok masihkah 'kebahagiaan' akan menyebelahi kita. Tahukah kamu bahawa bumi ini bulat yang menunjukkan 'pasang-surut' kehidupan ? sedangkan badan sendiri adakalanya sakit apatah lagi lakaran kehidupan yang penuh dengan rahsia

Antara mata pedang dengan mata lidah, tajam dan berbisa lagi mata lidah yang bisa menghancurkan iman dan ehsan. beringatlah dan bertanyalah pada diri sendiri "SIAPA AKU DIMATA TUHAN JIKA SERING MENCACI HAMBANYA ?" DIA yang memberikan keampunan dan bukannya mereka-mereka yang prejudis menghukum diri kita dan seolah-olah meyatakan bahawa mereka lebih baik daripada kita. Marilah kita bersama-sama menyenaraikan perbandingan antara 'kebaikkan' serta 'keburukkan' diri kita untuk mengenal 'siapa aku sebenarnya'.

Renungkanlah bersama ,TIDAK 'KISAH' KITA BERMULA SEBAGAI APA TAPI 'KISAH'LAH KITA AKAN BERAKHIR DIMANA ?

Monday 18 April 2011

Astagfiruallah A'lazim

Yaallah....

Izinkan saya menghela nafas panjang dulu sebelum melakar lebih jauh tentang apa yang hati ingin bicara di laman sy ini,

Sesungguhnya,sy hamba allah yg sgt kerdil,sy hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan silap..
Bijak atau Bodoh, Cantik atau Hodoh, dan apa-apa sahaja yang ditampilkan oleh perlakuan atau perbuatan kita mencerminkan apa yang terkandung disanubari (hati) dan akal kita.

Jadi mengapa harus mereka suka benar meilhat kesalahan org lain,suka sgt berbicara yang buruk tentang keadaan keliling??Juga mengapa harus membeza2kan antara 1 sama lain...

Mengapa harus tentang diri ini suka sgt di perkatakan,sedangkan rasa nye tidak sekecil kuman saya
mengambil tahu tentang keluarga dia..Saya di tuduh sombong????tidak apa....tetapi yang menyentak hingga
mengalirkan air mata ini pabila saya di tuduh yang bukan2???

Yaallah,
Begitu besar dugaan yang telah di turunkan,diri ini umpama menjadi bahan cerita pada yg suka sgt bercerita..
Saya amat bersyukur sebenarnya,sekurang2nya,mereka telah menghapuskan dosa2 kecil diri ini dengan menjaja cerita...

Tetapi,haruskah aku tersenyum????perlukah aku marah?????bg diri ini,baik sy mendiamkan diri dari mengambil tindakan melulu,kerana intu buka jalan penyelesaian yang baik....
cuma saya hanya mampu berdoa semoga mereka di berikan hidayah agar berubah...

Pesan Saya, hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah belahkan orang.. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.. dan ikhlaskanlah hati kerana keikhlasan itu seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya..

Rumahku Syurgaku

Setiap manusia mengimpikan rumah yg indah,kemas,bersih,wangi...
Saya bersyukur di hadiahkan rumah oleh kedua mentua sy..Sy sukakannya....
Dengan itu di Otak nie beligar2 nak buat pembaharuan pd rumah tersebut...

1st nak cat,tetapi cat yg sedai ade mmg dh cukup cantik plak....mcm maner yer????
huhuhu...
Xperla buat kat dalam dulu,sy mula la memikir idea untuk mencantikkan lagi rumah tu,

Yerla bg org masuk xnak keluar2..hahaha...konon cntik sgt la tu....erkkkk...
cari kaler yg bersesuaian..Ruang rehat nak tampilkan elemen moden...ok???
kaler..MERAH+HITAM....cunnnn......nak search cr wall paper plak....
wall paper idaman kalbu..

                         Wallpaper nie agak2 ok x????tapi klu putih tu ganti merah msti lagi dabomb kan???

Ok la..agak2 umah sy nnt dh cukup cantik,sy akn upload pic umah tu yer....
sape2 yg kenal sy meh la dtg umah..jgn malu2...jgn segan2...hahahha....

Melepaskan Anjing Yg tersepit.....

Salam 1 Malaysia

Memang tersgt la lama sy tidak mengupdate blog nie.....bukan x nak tulis,
tapi masa agak terhad,bnyk benda yg perlu di sattlekan..;))...

Saya ingin berkongsi sedikit cerita yg juga pengajaran untuk saya agar berhati2
memilih kawan,...

Mgkin cerita ini dh lame,dh lapuk pun..7 8 taun lepas,
saya dgn baik hatinye bagi sesorang yg sy agak boley percaya
untuk m'gunakan nama sy,

Puncanya sy kesian,xder tv...xder peti ais...so sy bg la dia pki nama sy beli brg
kat courth mamoth tu....sbbnye dia xder slip gaji untuk beli brg kt situ...

Then nak dijadikan cerita,1 day pihak lawyer cll ckp sy x byr bnda alah nie...
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?????terkejut beruk sy...xkan la bnda yg dh 7 8 taun x sattle lg..biar
betul,sy dgn penuh sabar cll la manusia ni,x angkat....xper,sy msg..x balas....
So ape cer??????????

Saya cuba lagi..tpi xder tindak balas....smpi ke 1 tahap,sy pie kat wall dlm fb,
sy tulis sesuatu yg memalukan dia....hati sy tgh panas,ape sy kire kan....
then sy mntk pendapat kat sorang sister ni,dia nasihat sy,dia ckp sy xperlu buat mcm
itu,sy yg agak reda nie,remove la blik ape yg telah sy tulis....

Lepas 3 4 ari,sy dpt plak dia post kat wall sy....wahhhhhh bukan main lagi ayat dia...
konon nak memalukan sy...konon la....

Dia cerita sy guna n pinjam duit dia bnyk...wahhhhh bnyk duit dia. yer..terkedu sekejap membaca
ape yg dia post tu.....terkujat,tergeliat dh akhir sekali GELAK BESAR TAK HINGAT...

aduhaiiiii...dia pnye cerita mcm la bnyk duit sgt....padahal BORING.....sy xnk mengaibkan sesiapa,
biar sy jer yg tau dia mcm mane..cuma sedikit terkilan.....mengapa kebaikan sy lgsg tidak dimanfaatkan...
dan yg pling sy sedih,dia dgn penuh bangga memberitahu bahawa dia MMG SENGAJA xnak byr...
boley gitu????boley la untuk dia kan....

Tetapi kerana sikap busuk ati dia,sy yg telah menanggung susah kerana pihak peguam bg tahu yg
nama sy akan di blacklist kan..hmmmm..utang dia sebnyak $2100.00...adakah perlu sy membayar
utang2 itu????ade juga yg bg pndpt,amik blik brg2 tu..alahai,tgk brgnye dh xlalu..hancur,barai....

ALLAH jer yg tau kesakitan hati sy nie....untuk manusia itu,sedarla diri sikit,jgn ingt cerita lapuk dan
basi awk jer...cerita awk dn sy dh abis...sy sendiri pon geli nak ingt....

*sy xkan halal kan walau sesen pon.....ingt tu...!!!!!!