Wednesday 21 December 2016

Suprise dari Suami Terchinta

8 tahun perkahwinan

Dan yang inilah paling paling suprise sepanjang 8 tahun berkahwin ialah bila si suami ckp dia nak buatkan kita rumah,dan kita eh?eh?eh? soalan pertama yg si isteri tanya>>> Ada ke duitnye?? bertanya lagi...banyak ke duitnye??? bertanya lagi...cukup ke duitnye..

Dan jangan lah engkau memandang sebelah mata bila si suami telah membuat plan rumah dan tunjukkan pada si isteri..

Maka si isteri terdiam tergamam tergumam...wow wow wow...setelah bertahun-tahun mengadap banjir dan perlbagai lagi dugaan kecil di rumah tinggalan ibubapanya.

Maka bermulahlah kerja2 meroboh dan menaikkan tiang baru untuk si penghuni lama..



 Nampak tak aku gigih mendukung si faid dan melawat kawasan..hahaha



Semak samun belakang tu sangat menyakitkan hati aku. Dan itu semua kerja si pemilik scrap...grrrr



Masih lagi dalam proses


Wak wak yang buat rumah kami berkampung sementara di situ.

Thursday 15 December 2016

Siblings



Cerita pasal siblings ni,nak ikutkan punyalah ramai adik beradik aku ni..Tapi lain mak lah..hehehe
Ikutkan adik beradik aku dgn mak betul aku ada 3 org..Kemudia jodoh arwah ayah aku x panjang dengan mak aku dan bercerai masa tu aku kecik lagi dalam 2 atau 3 tahun macam tu.

Mak pulak dah bercerai dengan ayah bertemu jodoh dgn orang kedah tapi xder rezeki untuk dikurniakan anak...Arwah ayah pulak bertemu jodoh dengan org serawak..Arwah makcik farah..Perkawinan dgn arwah makcik farah dikurniakan 3 org ank 2 lelaki 1 pompuan..Hayat arwah makcik x pajang sbb makcik meninggal sbb breast cancer...


Lepas arwah makcik farah meninggal,arwah ayah pulak bertemu jodoh dengan acik awin..memula kawin dulu acik awin tu bukan main lagi garangnya..ye lah masa tu aku masih bebudak lagi,asal cll ayah aku nak duit,bile cll dia plak tu yang angkat sekali kena sound..hihi..Perkahwinan dengan acik awin dapt la 2 org ank sepasang..kiranya adik beradik aku ni ada 8 orang la..


Kurang lagi 3 orang iaitu kakak dan abg ku juga ank no 3 untuk wife no 2..hehehe