Thursday 25 October 2012

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha



Salam,

Esok perayaan AidilAdha...Tapi saya rasa kosong...Walaupun hakikatnya,Raya AidilAdha lagi bermakna dari Raya AidilFitri.Mungkin sebab di selangor,raya AidilAdha tidak mendapat sambutan..

Tidak seperti di Kelantan,Terengganu atau Kedah,pasti meriah....Kalau Raya AidilFiti tu,bukan main lagi persiapan..Tapi Raya AidilAdha..NO BAJU BARU,NO KUIH RAYA,NO DUIT RAYA

Raya pertama,saya dah berjanji dengan mak nak bawa mereka pergi ke salayang beraya rumah Mak Long....Insyaallah kami  pergi menjenguk maklong aka kakak ayah saya...Disebabkan raya puasa saya tak berjalan kemana-mana..Iyelah Ayah saya kan jatuh sakit.

Cuma kali ini agak meriah kerana raya ke-2 pula rumah ayah mertua saya di pilih untuk mengadakan korban,jadinya pasti meriah dengan kehadiran orang-orang kampung...Dengar cerita akan didirikan khemah,korban lembu 3 ekor...dan ada masak-mask untuk jamuan makan malam....fuhhhh..pasti meriahlah...

Apapun saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk umat islam di seluruh dunia...



Kata Hati
ZK



Wednesday 24 October 2012

Ku Ada Kamu menjadi pilihan...

Kenapa ku ada kamu menjadi pilihan hati saya untuk muzik di blog???
Hayati lirik2 lagu ini..

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,

Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,

Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


tak payah nak di rungkai lagi....Lirik2 ini amat mendalam dalam hidup saya...

Kata Hati
ZK

Maling pecah masuk rumah

 


Sejujurnya saya amat sakit hati dengan pencuri yang pecah masuk rumah saya.
Kenapa dia perlu pecah masuk rumah saya?
Kenapa rumah saya yang di jadikan pilihan??

Tarikh 06 October 2012 meninggal kesan yang amat hebat dalam diri saya,
pertama kalinya dalam hidup saya,rumah saya di pecah masuk oleh pencuri.
Muzik box yang dalam nya berisi IPHONE,BLACKBERRY,GELANG TANGAN 2 UTAS.
habis lesap di larikan pencuri..

Yang membuatkan saya trauma,pencuri memecah masuk dari DINDING....Takut bukan...
Seperti di maklumkan sebelum ini,saya duduk di rumah peninggalan orang tua en suami..
Jadinya,bukanlah rumah batu yang GAH...hanyalah rumah kampung berdindingkan kayu..
Rumah itu yang lahir dulu dari suami saya.Jadi paham2 lah quality kayu yang sudah berusia 30 Tahun.

Saya tidak kisah tinggal di rumah batu ke kayu,Janji kami sekeluarga ada tempat berteduh dari panas dan hujan.Lagi pun itulah rumah dimana suami saya di besarkan...Lagi kami bersyukur,duduk dirumah itu tidak perlu mengeluarkan duit membayar sewa atau membayar di bank..

Cuma saya terkilan,kenapa pencuri masuk rumah saya???kenapa...dek akibat kejadian itu,saya amat trauma sehinggakan tido malam saya tidak lena,Saya rasakan berada di rumah sendiri tidak selamat...Kerana peristiwa itu saya dan suami sekarang amat berjaga-jaga dan keluar pun kami akan risau....

Tapi saya tetap dengan pendirian saya yang saya tidak akan sekali-kali memaafkan PENCURI,PEROMPAK,PENCEROBOH atau lebih tepat MALING rumah saya,Percayalah si jahanam itu akan cari saya dan suami di akhirat semata-mata untuk memaafkan dan menghalalkan apa yang dia telah ambil dari kami..

Dari Hati
ZK

Thursday 11 October 2012

Innalillah

Salam,

Agak lambat saya mengupdate cerita ini..tpi walaubagaimanpun saya ingin juga kongsikan.
Ingat tak cerita yg sy share psal suami kawan saya sakit??Dengan kuasa ALLAH s.w.t,suami dia telah kembali ke Rahmatuallah pada 06 Oktober 2012..
Saya dpt sms dr suami saya pun dlm pukul 1 tghhari,Tetiba sy yg menggeletar,sy terus menangis.
Entahlah sy sgt dpt rasakan kesedihan kwn sy..Kerana dia di kebumikan di Negeri Sembilan,Saya cuma cll ucap takziah...Insyaalah kenduri Tahlil yg ke 7,Saya akan datang...:(

ZK

Monday 1 October 2012

Selangor...GOLLLL~~

                                                        Photo: Excitednye ank mama..hehehehe
Chinta2 hati saya...:))

 GOLLL!!

Mula2 en hubby ajak pegi stadium,saya bangkang..sbb kesian kat ank2 nak bwk pg tempat sesak cam gitu..
Tapi bile tgk riak muka en hubby mcm nak sgt pegi,saya turutkan...ala lagipun dpt tiket free kan..huhu..
ye lah en hubby kerja kat NAZA,and NAZA main sponser untuk Perlawanan bola tersebut..so alhamdulillah xyah le kuar duit..hehehe...

Photo: Selangor di hati..huhuh
Bersama Shuhada Norzan...

Photo: comel kann..
Jumpa Puan izza @ Lissa sue kat stadium....:))