Thursday, 8 February 2018

Pesan

Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu…

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi…

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu…

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi…


Happy Birthday Faid Uzma


Happy birthday sayang mama..

Allah

Sekejap rasanya membela kamu nak.Rasa baru semalam 11/01/2016 tup2 sah 11/01/2018...Kamu anak yang baik yang tak banyak ragam dan kerenah dari baby sampai la dah 2 tahun ni.Kamulah sekarang penyeri dalam rumah..Kakak2 happy sangat tengok gelagat kamu faid.

Moga allah pelihara kamu dan doa mama sentiasa mengiringi kamu nak. Ingat mama sentiasa ada dengan faid jatuh bangun faid.

Mama sayang semua anak2 mama. Birthday yang ke2 ni ada rezeki lebih mama buatkan majlis kecik untuk faid.













Gambar amik tak banyak pun...almaklumlah kebizian terlampau...

Wednesday, 7 February 2018

Syukur

Segala pujian hanya bagi Allah.
Syukur jika ini bahagia yang ditangguhkan.
Syukur kerana mengujiku dengan pelbagai dugaan yang datang dari diriku sendiri.


Aku diuji dengan cuba menjadi terbaik namun tak pernah dihargai.
Aku diuji untuk merajuk rasa namun tak sapa yang memujuk.
Aku diuji untuk kelihatan menawan tetapi insan yang kudambakan tidak tertawan.
Aku diuji untuk disakiti.


Syukur kerana Allah memilih mereka menyakiti hatiku itu bermakna musibah untuk mereka
Sedang rasa sakitku mengugurkan dosa dosaku
Terima kasih Allah atas segala ujian ujian ini.
Sesungguhnya aku percaya Allah hanya beri yang terbaik buat aku.


Alhamdulillah.


Aku yakin itu.
Aku manafaatkan sebesar besar kurniaNya
buat kembali kepadaMu 
Akhirnya aku kembali pada Allah.
Akhirnya aku redha ketentuan Allah.
Akhirnya aku terima dia kembali walau dengan parut masih berbekas.
Aku mencari hati yang hilang.
Alhamdulillah aku jumpa dia.
Biar jiwa pernah berdarah belum parah
Hati sepicingpun tidak tegar menyingkirmu
Jiwa selalu belas padamu walau kecewa
Syukur bukan aku yang dipilih Allah untuk membebanimu

Terima kasih Allah hatiku kembali padanya keranaMu.
Terima kasih Allah memberi ruang hatiku untuk rasa cinta
Terima kasih Allah kerana jiwa yang tenang ini
Semahuku aku ingin bahagia ini sampai hujung nyawa.

Amiinn ya robbal alamiinn.

Tuesday, 23 January 2018

2018 - Redha ( Ikhlaskah hati itu )


Assalamualaikum..

Syukur pada Allah. Jika  tiada apa2 insyaallah hujung tahun ini akan bertambah lagi ahli dalam keluarga kecil ku...

Siapa sangka di sebalik dugaan allah dia memberikan aku rezeki dalam bentuk lain. Setahun aku tidak pernah update apa2 dalam blog ini. Hampir setahun juga aku bermain dengan perasaan aku sendiri

Ada masa aku akan merasa terlalu marah,ada masa aku akan merasa terlalu kecewa dan benci dan ada masa aku merasa terlalu dendam. Benarlah orang kata,itu kerana bila kita tidak ikhlas memaafkan sesorang kita akan bermain dengan perasaan sendiri. waallahualam.

Moga aku akan terus istiqomah dan mencari dimana keikhlasan yang tiada dalam diri ini..

Insyaallah.

ZuraKharuddin

Wednesday, 21 December 2016

Suprise dari Suami Terchinta

8 tahun perkahwinan

Dan yang inilah paling paling suprise sepanjang 8 tahun berkahwin ialah bila si suami ckp dia nak buatkan kita rumah,dan kita eh?eh?eh? soalan pertama yg si isteri tanya>>> Ada ke duitnye?? bertanya lagi...banyak ke duitnye??? bertanya lagi...cukup ke duitnye..

Dan jangan lah engkau memandang sebelah mata bila si suami telah membuat plan rumah dan tunjukkan pada si isteri..

Maka si isteri terdiam tergamam tergumam...wow wow wow...setelah bertahun-tahun mengadap banjir dan perlbagai lagi dugaan kecil di rumah tinggalan ibubapanya.

Maka bermulahlah kerja2 meroboh dan menaikkan tiang baru untuk si penghuni lama..



 Nampak tak aku gigih mendukung si faid dan melawat kawasan..hahaha



Semak samun belakang tu sangat menyakitkan hati aku. Dan itu semua kerja si pemilik scrap...grrrr



Masih lagi dalam proses


Wak wak yang buat rumah kami berkampung sementara di situ.

Thursday, 15 December 2016

Siblings



Cerita pasal siblings ni,nak ikutkan punyalah ramai adik beradik aku ni..Tapi lain mak lah..hehehe
Ikutkan adik beradik aku dgn mak betul aku ada 3 org..Kemudia jodoh arwah ayah aku x panjang dengan mak aku dan bercerai masa tu aku kecik lagi dalam 2 atau 3 tahun macam tu.

Mak pulak dah bercerai dengan ayah bertemu jodoh dgn orang kedah tapi xder rezeki untuk dikurniakan anak...Arwah ayah pulak bertemu jodoh dengan org serawak..Arwah makcik farah..Perkawinan dgn arwah makcik farah dikurniakan 3 org ank 2 lelaki 1 pompuan..Hayat arwah makcik x pajang sbb makcik meninggal sbb breast cancer...


Lepas arwah makcik farah meninggal,arwah ayah pulak bertemu jodoh dengan acik awin..memula kawin dulu acik awin tu bukan main lagi garangnya..ye lah masa tu aku masih bebudak lagi,asal cll ayah aku nak duit,bile cll dia plak tu yang angkat sekali kena sound..hihi..Perkahwinan dengan acik awin dapt la 2 org ank sepasang..kiranya adik beradik aku ni ada 8 orang la..


Kurang lagi 3 orang iaitu kakak dan abg ku juga ank no 3 untuk wife no 2..hehehe

Friday, 4 November 2016

anniversary-Perkahwinan





Kalau story pasal anniversary ni mcm2 org raikan..raikan perkenalan katanya dah bercinta sebulan ( yang ini kelakar ) eh macam2 lah.Tapi hari ini saya meraikan yang halal dr segi undang2 dunia dan akhirat..



1 November 2008-1 November 2016


Alhamdulillah 8 tahun perkahwinan yang kami bina...


Tipulah kalau tak gaduh,tipulah kalau tak sentap,tipulah kalau tak perang,tipulah kalau tak merajuk,tipulah kalau tak marah,tipulah kalau tak nangis,tipulah kalau tak geram,tipulah kalau tak sedih


Tapi tipu la kalau tak rindu,tipulah kalau tak sayang,tipulah kalau tak cinta,tipulah kalau tak kesian,tipulah kalau tak kasih,tipulah kalau tak kisah

Semua tu asam,garam,serbuk knor,gula,cheese,madu,kurma,kismis dalam rumah tangga..kerana semua tu lah kami makin hari makin rindu,makin hari makin sayang,makin hari makin kasih,makin hari makin cinta,makin hari makin menjadi2...

Happy anniversary boyfriend,bff,musuh, dan paling utama suami...hadiah awal tahun dh bagi,setahun tak boleh bagi hadiah 2 kali 

I love you to the moon and back 

Mohd Suffian Bin Abdul Rahman & Nor Baizura Binti Kharuddin


01-11-2008 ~ 01-11-2016
8 Tahun