Saya memulakan tulisan ini dengan izin dari Allah SWT.. Mungkin tulisan ini lain ceritanya dengan yang lain tetapi akar umbinya tetap sama iaitu sy lihat dan sy rasa dari pengalaman sy sendiri,adakalanya kita sebagai manusia alpa dan leka dengan keadaa sekeliling,
Dan adakalanya kita juga terasa diri terlalu bagus untuk di bandingkan dgn org lain,walhal ''TEPUK DADA TANYA SELERA''...
Dan adakala kita juga suka menuding jari kearah org lain demi kepetingan diri sendiri..Kita sebagai manusia juga adakala suka bercerita kosong tentang diri org lain,dan kita lupa kadangkala ia boleh menimbulkan fitnah..''SUBAHANAALLAH''..
Apabila kita duduk berkumpul beramai ia boleh mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan,
- kebaikannya kite boleh bercerita keadaan yang benar dan bertukar-tukar pendapat.
- keburukan yang akan kita dapat adalah dosa yang kita cipta sendiri tanpa sedar iaitu suka mengata
tentang org lain dan suka menilai yang buruk tentang individu tersebut...
Saya bukan lah mengatakan saya ini USTAZAH @ HAJAH..saya juga tanpa sedar berada di golongan tersebut.Bagaimanakah kita ingin melentur 'rebung' sedangkan diri kita sendiri telah menjadi 'buluh' peculiar ? siapa yang mesti kita Ibu bapa ? Saudara-mara ? Atau masyarakat sekeliling ? Pernahkah kita menyalahkan diri kita sendiri ? bukankah kita layak dipersalahkan kerana kita bertanggungjawab terhadap perbuatan kita sendiri ? Sebelum keadaan menjadi sejarah bukankah akal diberikan untuk mengimbanginya, mana yang baik dan mana pula yang buruk ?
Kata orang melayu "terlajak perahu boleh ditarik semula, terlajak kata sendiri yang merana". mungkin hari ini 'kebahagiaan' milik kita tapi esok masihkah 'kebahagiaan' akan menyebelahi kita. Tahukah kamu bahawa bumi ini bulat yang menunjukkan 'pasang-surut' kehidupan ? sedangkan badan sendiri adakalanya sakit apatah lagi lakaran kehidupan yang penuh dengan rahsia
Antara mata pedang dengan mata lidah, tajam dan berbisa lagi mata lidah yang bisa menghancurkan iman dan ehsan. beringatlah dan bertanyalah pada diri sendiri "SIAPA AKU DIMATA TUHAN JIKA SERING MENCACI HAMBANYA ?" DIA yang memberikan keampunan dan bukannya mereka-mereka yang prejudis menghukum diri kita dan seolah-olah meyatakan bahawa mereka lebih baik daripada kita. Marilah kita bersama-sama menyenaraikan perbandingan antara 'kebaikkan' serta 'keburukkan' diri kita untuk mengenal 'siapa aku sebenarnya'.
Renungkanlah bersama ,TIDAK 'KISAH' KITA BERMULA SEBAGAI APA TAPI 'KISAH'LAH KITA AKAN BERAKHIR DIMANA ?
No comments:
Post a Comment