Wednesday 2 February 2011

Buat anakku NUR IRISHA MYRA

Setiap kata,setiap ucapan lahir telus dari hati dan sanubari ini,
Setiap perbuatan,setiap tingkah laku terbit dari jiwa ini,
Dan kerana ini saya menulis blog khas tuk anak2 dan suami tersayang,
Sungguhpun anak2  tidak mengerti apa2,
Hanye didalam ini mampu saya luahkan...



Wahai anakku NUR IRISHA MYRA,

Tatkala melihatmu buat pertama kali,tidak semena-mena gugur airmata ini,
Tatkala melihat wajahmu yg suci terasa benar cinta dan sayangku ini,
Kehadiran mu menjadi suatu cerita INDAH dalam kehidupanku,
Seumpama aku tidak relakan waktu untuk membesarkan dikau,
Takut andai dikau berhadapan dengan derita dan jika itu terjadi ''mama relakan kebahagian mama menjadi pengganti pada tangis sedih kecewamu''

Wahai anak ku NUR IRISHA MYRA
seandainya dikau dapat fahami,

Ketahuilah bahawa mama mengharapkan masa depanmu seperti kerlipan
dan kilauan bintang yang menyinari ruang angkasa,

Ketahuilah mama mengimpikan suaramu seperti laungan azan yang berkumandang,
Dan ketahuilah bahawa mama meletakkan tempatmu seperti sebentuk permata
yang diidamkan oleh setiap insan untuk dimiliki,

Wahai anakku NUR IRISHA MYRA

Setiap kesakitanmu adalah kepedihan untuk mama,
Kerisauan pada setiap inci tubuhmu,perasaan,dan tingkah laku mu adalah
segalanya untuk mama,
Dan di sebabkan pentas dunia yang penuh dengan pancaroba dan pergolakan,
tidak ingin rasanya mama melepaskan dirimu membesar
mengikut arus masa,
Seandainya mama boleh di beri pilihan,
biarlah dirimu sekecil ini selamanya,
Tidak sekali mama merelakan ''CALAR''pada dirimu wahai sayangku,

Wahai anakku sayang,

Masih terbayang di birai mata mama,dikau terlantar sakit,
Tidak dapat aku luahkan dengan kata2 apakah perasan aku waktu dn ketika itu,
Hanya airmata jawapan untuk semua itu,
Setiap detik,saat aku sentiasa berdoa,permudahkan hidup anak ku,
lepaskan dikau dari segala kesulitan,kesakitan,kepayahan...
Ingin mama memanjat dan memohon supaya mama digantikan ditempatmu,
Tetapi siapakah diriku untuk mengubah segalanya???
Ketahuilah sayangku betapa hebat kehadiranmu pada diriku

Wahai anakku NUR IRISHA MYRA,

Mama ingin kau tahu sayangku,
Mama ''terpaksa''berkongsikan dirimu pada dunia,

Kerana dikau bukan miliku tetapi milikNYA,

Ingin mama pesan,
Hidup didunia penuh dengan kepura-puraan,hasad dengki,lakonan,
Dan kerana inilah mama ingin dikau menjadi insan yang berguna yang
terbaik di antara''mereka''

''KERANA KAU ADALAH NYAWAKU''

1 comment: