Monday 31 October 2011

~Doa buat keluargaku~



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insanYa Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnyaTetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlenaYa Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat MuYa Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Amin,amin ya Rabbal Allamin

Friday 28 October 2011

Cantik dimata Cantik dihati

Ntah ape sal ntah,sejak 2 menjak nie sy suka sgt berdandan,
Bukan untuk sape pun,untuk suami jugak kan...;p..
Kekadang penah gak en hubby tegur,''amboi makeup2 nie nak kemana''..
so sy senyum jer la kan...

ok la jom layan pic sy yg x hots nie hokey...






So korang rase ok x sy makeup????...;p

Arghhhhh tidak!!!


Arghhhhh!!!!...
Aduhai ape kena kamu nie Zura,
blur memanjang...

nak menaip,tpi brp bnyk kali title asik tukar2,
xtau dh nak tulis ape..
pdhal bnyk kan yg boleh di kongsi kat sini..

Myb,sy terjumpa seseorg dlm FB kot..
tetiba hati jd x keruan,gundah gelana,
Wahhhh kelassss kau zura....

Jumpa page seseorg yg sepatutnye sy xperlu jumpa,
bile dh terjumpa page dia..mula tgn pun gatai pie bukan album2 dia...
wahhhh..lgi lah perasaan sy nie berkeroncong kan,kan,kan,...

Okey lah...benda pun dh lame kan...
jumpa sy di entry lain ok...
hope kali nie itle x meraban mcm ini...huhu

Wednesday 5 October 2011

Kembali

2 bulan dh tinggalkan ''blog'' teman sy yg baik....bukan xnak menaip...tpi bnyk sgt kejadian yg meragut kegembiraan sy pd hari yang mulia..berpunca?????dr diri sendiri juga ....sendiri yg memulakan segala persengketaan,so sendiri tanggung...

Tapi sekurang2nye sy x takut dn x malu untuk mengaku salah sendiri,sy berani mengaku dan berterus terang..bukan mcm sesetengah org yg hanya tau menuding jari,umpama ''DH BALING BATU SOROK TANGAN''..sy bukan begitu..

Biarlah dgn sikap sy yg terus terang dn berani mengaku nie di salah erti oleh org lain...Org menuduh sy yg bukan2 dn bercakap yg bukan2 psal sy...xper sy sedia terima kritikan itu....

Dan sy belajar dr semua kesilapan sy...banyak pengajaran yg sy dpat pd tahun ini...Kadangkala sy mcm dh down sgt2...tpi syukur alhamdulillah en hubby yg bnyk bg nasihat kat sy....

Sekian,tataplah wajah terbaru sy yg baru patah semangat kemudian penat di pulihkan supaya menjadi seperti ini........