Thursday 8 February 2018

Pesan

Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu…

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi…

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu…

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi…


Happy Birthday Faid Uzma


Happy birthday sayang mama..

Allah

Sekejap rasanya membela kamu nak.Rasa baru semalam 11/01/2016 tup2 sah 11/01/2018...Kamu anak yang baik yang tak banyak ragam dan kerenah dari baby sampai la dah 2 tahun ni.Kamulah sekarang penyeri dalam rumah..Kakak2 happy sangat tengok gelagat kamu faid.

Moga allah pelihara kamu dan doa mama sentiasa mengiringi kamu nak. Ingat mama sentiasa ada dengan faid jatuh bangun faid.

Mama sayang semua anak2 mama. Birthday yang ke2 ni ada rezeki lebih mama buatkan majlis kecik untuk faid.













Gambar amik tak banyak pun...almaklumlah kebizian terlampau...

Wednesday 7 February 2018

Syukur

Segala pujian hanya bagi Allah.
Syukur jika ini bahagia yang ditangguhkan.
Syukur kerana mengujiku dengan pelbagai dugaan yang datang dari diriku sendiri.


Aku diuji dengan cuba menjadi terbaik namun tak pernah dihargai.
Aku diuji untuk merajuk rasa namun tak sapa yang memujuk.
Aku diuji untuk kelihatan menawan tetapi insan yang kudambakan tidak tertawan.
Aku diuji untuk disakiti.


Syukur kerana Allah memilih mereka menyakiti hatiku itu bermakna musibah untuk mereka
Sedang rasa sakitku mengugurkan dosa dosaku
Terima kasih Allah atas segala ujian ujian ini.
Sesungguhnya aku percaya Allah hanya beri yang terbaik buat aku.


Alhamdulillah.


Aku yakin itu.
Aku manafaatkan sebesar besar kurniaNya
buat kembali kepadaMu 
Akhirnya aku kembali pada Allah.
Akhirnya aku redha ketentuan Allah.
Akhirnya aku terima dia kembali walau dengan parut masih berbekas.
Aku mencari hati yang hilang.
Alhamdulillah aku jumpa dia.
Biar jiwa pernah berdarah belum parah
Hati sepicingpun tidak tegar menyingkirmu
Jiwa selalu belas padamu walau kecewa
Syukur bukan aku yang dipilih Allah untuk membebanimu

Terima kasih Allah hatiku kembali padanya keranaMu.
Terima kasih Allah memberi ruang hatiku untuk rasa cinta
Terima kasih Allah kerana jiwa yang tenang ini
Semahuku aku ingin bahagia ini sampai hujung nyawa.

Amiinn ya robbal alamiinn.

Tuesday 23 January 2018

2018 - Redha ( Ikhlaskah hati itu )


Assalamualaikum..

Syukur pada Allah. Jika  tiada apa2 insyaallah hujung tahun ini akan bertambah lagi ahli dalam keluarga kecil ku...

Siapa sangka di sebalik dugaan allah dia memberikan aku rezeki dalam bentuk lain. Setahun aku tidak pernah update apa2 dalam blog ini. Hampir setahun juga aku bermain dengan perasaan aku sendiri

Ada masa aku akan merasa terlalu marah,ada masa aku akan merasa terlalu kecewa dan benci dan ada masa aku merasa terlalu dendam. Benarlah orang kata,itu kerana bila kita tidak ikhlas memaafkan sesorang kita akan bermain dengan perasaan sendiri. waallahualam.

Moga aku akan terus istiqomah dan mencari dimana keikhlasan yang tiada dalam diri ini..

Insyaallah.

ZuraKharuddin