Nak share pasal hobi baru saya ni hai..Sekarang nie xtau pasai apa suka sgt menanam bunga2an dan daun2an..Setiap bulan pasti pegi kedai bunga..klu boleh tiap2 minggu la nak pegi..
Bila kita tanam bunga dan bila kita jaga belai baja,dn tengok kesuburan serta bunga2 yang terhasil rasa macam 1 kepuasan dalam diri..hamik ko ayat..huhu...Nak share gmbr x dan plak nak g snap gmbr bebunga ku itu...xperlah jnji kite share cite pun dh cukup kan..okey sekian,next story kite letak pic2 bunga hokey...
Friday, 22 November 2013
Thursday, 14 November 2013
Alhamdulillah 5 Tahun sudah
01 November 2013 genap usia perkahwinan kami 5 Tahun,Syukur padamu Yaallah kerana mengkurniakan saya seorang lelaki yang amat bertanggungjawab terhadap perkahwinan yang kami bina.Terimakasih buat suami yang banyak bersabar melayan kerenah saya dan anak,terima saya dengan hati yang terbuka,menerima kekurangan saya,sentiasa bersama saya dikala saya susah dan apa jua keaadaan.
Didalam perkahwinan apa yang kita impikan??Saya pasti jawapan yang sama akan di beri oleh orang lain iaitu BAHAGIA..Alhamdulillah kehidupan kami sekeluarga amat bahagia biarpun kami dr golongan sederhana,namun amat bermakna.Harapan saya semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
Insyaallah..
Didalam perkahwinan apa yang kita impikan??Saya pasti jawapan yang sama akan di beri oleh orang lain iaitu BAHAGIA..Alhamdulillah kehidupan kami sekeluarga amat bahagia biarpun kami dr golongan sederhana,namun amat bermakna.Harapan saya semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
Insyaallah..
Wednesday, 31 July 2013
Nikmat Hari Raya
Insyaallah lagi beberapa hari lagi,Umat islam akan menyambut syawal.Sekarang dimana2 ramai orang sedang galak membuat persiapan raya.Begitu juga saya,buat persiapan mana yang termampu.Tengok anak2 gembira itu cukup bermakna untuk saya.
Perjalanan indah kehidupan anak2 saya itulah yang saya harapkan.Supaya bila mereka besar,mereka ada cerita dan kenangan yang indah untuk mereka kongsi.Jangan jadi seperti saya*biarlah saya dan suami saya sendiri yang tahu,Bila teringat,hati saya sebak.Ini lah takdir saya.saya redha.
Dan tahun ini,adalah tahun yang hebat dn luka yg dalam dalam hati saya,pasrah,redha,kecewa.Segalanya saya telan.Allah menguji saya,kerana dia tahu saya mampu menanggung.Tiada tempat lain untuk saya mengadu hanya padanya.Hanya allah yang tahu suka duka perjalanan hidup saya.Saya bersyukur dan terlalu beruntung di anugerahkan suami sesempurna itu dimata saya.Dan saya mengharapkan perkahwinan saya kekal hingga hujung nyawa dan ikatan kekeluargaan saya begitu erat dan gembira.Pada mak saya,terimakasih mak lahirkan adik,adik sayang sgt kat mak hanya allah yang tahu,walaupun adik x tunjuk,percayalah mak,mak sentiasa dihati adik,bila teringatkan mak,adik akn menangis.Pada ayah,terimakasih membesarkan org,walaupun ayah bukan ayah kandung,tapi org tahu kasih sayang ayah ikhlas dan org masih ingat lagi ayah tido sambil duduk sbb terlalu penat masa majlis kahwin org,ayah lah org yang bertungkus lumus...Pada suami saya,terimakasih pa,sbb awak sudi terima saya menjadi isteri dan ibu kepada ank2 awk,terimakasih kerana sentiasa bersama saya di waktu saya gembira mahupun sedih,awak sentiasa disisi saya.Terimakasih kerana menyanyangi saya.Pada anak2 saya,fahamilah bahawa mama terlalu cinta dan kasihkan ank2 mama..tidak boleh di ungkap dengan kata2.Pada semua keluarga,sahabat handai dan kawan2 serta kenalan saya,saya memohon sejuta kemaafan sekiranya saya ada membuat kesalahan dan terkasar bahasa.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.
♥ZK♥
Thursday, 11 July 2013
Ramadhan tiba lagi
Alhamdulillah saya masih lagi di beri peluang untuk menyambut bulan uang penuh mulia ini.Cuma tahun ini,tiba bulan Ramdhan saya rasa satu perasaan yang sayu,sedih,pedih.Perasaan itu datang dengan sendirinya.Mungkin akibat saya terlalu banyak fikir.
Insyaallah Ramadhan kali ini saya akan lakukan dengan baik.semoga ibadah kami di terima dan di redhai oleh allah s.w.t
♥ZK♥
Thursday, 27 June 2013
Selamat Ulangtahun kelahiran sayang
Genap Nur Irisha Myra berumur 4 Tahun.Anak mama semakin membesar dan semakin bijak berkata-kata.Melihat perkembangan irish di mata sendiri hari demi hari adalah kesempurnaan hidup untuk saya.
Alhamdulillah,Irish seorang ank yang sangat baik.Harapan mama agar irish menjadi anak yang solehan dan berjaya dalam semua perkara baik.Insyaallah,mama sentiasa mendoakan anak2 mama....
Wednesday, 26 June 2013
Berjalan terus dan melakarkan senyuman
Tiada apa yang perlu saya kongsikan tentang zaman kanak2,ramaja,anak dara
Sejujurnya ingin saya beritahu kehidupan saya amat bermakna selepas berumah tangga.
syukur saya di anugerahkan suami yang amat memahami isi hati saya.Saya di kurniakan 2 orang puteri comel,sesungguhnya hanya allah s.w.t yang tahu kenikmatan hidup setelah bergelar isteri.
Kisah silam saya bermacam rasa,jika boleh di beri dengan rasa lidah mungkin pahit nya lebih.
tetapi untuk saya kongsikan di blog ini tidak mungkin.Tiada yang indah bila di ingati.
Dengan itu saya telah mencipta 1 prinsip di dalam hidup saya
''SEANDAINYA MASA SILAM ITU SURAM,MAKA JADIKANLAH MASA AKAN DATANG ITU INDAH''...
Saya berpegang dengan kata2 ini,kerana itu lah saya amat menghargai suami dan anak2 saya.Semoga perkahwinan saya akan terus kekal hingga ke JANNAH...insyaallah.
♥ZK♥
Thursday, 6 June 2013
Stop darah sekejap
Okey,saya tak tahu nak mulakan cerita ini mcm mane..
alkisahnya hujung minggu bawak ank2 jalan ker Setia City Mall,so far not bad lah playground for kids,sbb masih baru kan..so agak safety sikit.
Saya xtahu macam mana si Irish main,myb terlalu aktif la kot,sbb yg pantau ank2 main my hubby,sy sedang shopping ye di dalam mall itu..hehehe
Bila balik irish mengadu sakit kaki,saya ingat dia biasa2 jer..sbb saya nie kenal sgt perangai irish,sakit sikit dia punya lakonan amboiii...
So isnin seperti biasa saya hantar anak2 ke rumah nenek,bila kejut pagi tuk bangun dia still mengadu sakit kaki n x boleh lurus..Saya dh rasa lain plak,but sy kena pergi kerja..
Lunch sedaya upaya saya balik rumah tgk irish,n nmpk dia baring tnpa bgun dgn kaki x boleh lurus...oh my god...start la sy fikir yg bukan2...bermacam cara sy buat,letak ais n krim tpi irish still keadaan yg sama.
So malam sy decide nak hantar ke hospital Columbia,tapi sebelum tu pergi klinik untuk dapatkan surat doctor,tapi doctor tu hanya ckap mungkin otot dia terkejut,dan dia bagi ubat sapu..Jika tiada perubahan kita refer pada pakar..saya x henti doa agar kaki kakak okey.
Balik klinik,papa sapu ubat dan suruh dia tido..Keesokkan harinya saya kejut irish,sementara tu saya sidai baju kat luar terkejut yg kakak keluar siap ckp,''mama kakak dh boleh jalan''...alhamdulillah...
*kesimpulannya kaki irish myb kejang atau terkejut sbb dia main terlalu aktif...hehehehe
Friday, 17 May 2013
allergickah??
Ya..allergickah saya??x mungkin..sepanjang 28 tahun hidup,xpenah kena allergic..baru lah saya tahu,seksanya bila sesorang itu menghidap allergic...
Saya x salah mkn,myb sbb rumah sy di renovate mungkin itu puncanya...
Tapi kegatalan sy on of..sekajap ada..sekejap xde...pegi klinik sudah,mkn ubat,sapu segala minyak..tapi x jalan....stress....mcm mane lah nak hilangkan kegatalan ini yer...:(
Saya x salah mkn,myb sbb rumah sy di renovate mungkin itu puncanya...
Tapi kegatalan sy on of..sekajap ada..sekejap xde...pegi klinik sudah,mkn ubat,sapu segala minyak..tapi x jalan....stress....mcm mane lah nak hilangkan kegatalan ini yer...:(
Tuesday, 23 April 2013
Saya Redha
Yaallah,
Andai ini adalah dugaan mu untuk menguji sejauh mana keimanan hambamu,aku redha.
Aku yakin dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini,
Yaallah,
Kuatkan lah hati hambamu untuk menempuh detik2 yang memeritkan.Sesungguhnya aku berdiam diri bukan kerana aku kalah,tetapi aku yakin itu adalah yang terbaik untuk ku.
Yaallah,
Engkau jauhilah diriku dari berfikiran negatif,dari bersangka buruk terhadap org lain,terangilah hati ku untuk memilih jalan yang terbaik.
Yaallah,
Sesungguhnya aku sedar segala yang ada pada diriku hanyalah pinjamanmu.Jauhkanlah sikap bongkak dan lupa diri dari ku yaallah.
Yaallah,
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah,hambamu yang alpa,terkadang aku hampir rebah bila di berikan ujian sikit begini.Aku memandang jauh,seandainya bagiku ini ujian yang berat,ada lagi hambamu yang lain lebih berat ujiannya.Oleh itu berikanlah kekuatan zahir dan batin ku untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Yaallah,
Tenangkan lah hatiku,tenteramkan lah jiwaku,tajamkan akalku.di saat begini terkadang aku hanya mampu termenung jauh memikirkan hebatnya permainan manusia.Dan begitu mudah aku mengalirkan air mata kerana permainan manusia yang berpandukan syitan
♥ZK♥
Monday, 8 April 2013
Cerita Baru
Saya yakin,segala keperitan,kepayahan,kesengsaraan akan berakhir dengan kebahagian..Walaupun bukan di dunia mungkin di akhirat kelak,Ya i tu adalah rahsia Allah,
Syukur,segala yang berlaku ada hikmahnya,dengan terjadinya perkara begini,saya lebih mengambil berat tentang mak,setiap jumaat malam,saya akan ambil mak dan ayah saya..
Bagi mereka bermesra dengan cucu-cucu mereka..dan saya nampak riak gembira di wajah tua itu..Syukur yaallah..Raya tahun ini,saya tidak sabar sebab mcm2 perancangan di dalam kepala ini.
Insyaallah jika diberi umur yang panjang,raya tahun ini akan disambut di rumah suami saya,Mak,ayah,Along juga atok dari kedah akan datang ke rumah...
Saya tidak kesah apa org nak pandang pada keluarga saya..Saya terlalu amat sayangkan mereka.Sekarang saya akan terus memandang ke hadapan,Bila perlu saja saya akan menoleh kebelakang..untuk memastikan saya tidak lupa diri..
Banyak benda yang telah mencengkam hati saya..Tetapi saya pendamkan,saya telan,walaupun pahit dan amat menyakitkan..Dan saya amat bersyukur saya mempunyai suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan tidak putus2 memberi kata2 semangat dan dorongan...
Insyaallah,saya tidak akan lupa dari mana asal usul saya..Saya tidak akan memandang orang lain dengan pandangan hinaan..Ingatlah,Hidup jangan terlalu mendongak langit sehingga lupa dimana bumi di pijak..
Renungkan lah...^__________^
♥ZK♥
Syukur,segala yang berlaku ada hikmahnya,dengan terjadinya perkara begini,saya lebih mengambil berat tentang mak,setiap jumaat malam,saya akan ambil mak dan ayah saya..
Bagi mereka bermesra dengan cucu-cucu mereka..dan saya nampak riak gembira di wajah tua itu..Syukur yaallah..Raya tahun ini,saya tidak sabar sebab mcm2 perancangan di dalam kepala ini.
Insyaallah jika diberi umur yang panjang,raya tahun ini akan disambut di rumah suami saya,Mak,ayah,Along juga atok dari kedah akan datang ke rumah...
Saya tidak kesah apa org nak pandang pada keluarga saya..Saya terlalu amat sayangkan mereka.Sekarang saya akan terus memandang ke hadapan,Bila perlu saja saya akan menoleh kebelakang..untuk memastikan saya tidak lupa diri..
Banyak benda yang telah mencengkam hati saya..Tetapi saya pendamkan,saya telan,walaupun pahit dan amat menyakitkan..Dan saya amat bersyukur saya mempunyai suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan tidak putus2 memberi kata2 semangat dan dorongan...
Insyaallah,saya tidak akan lupa dari mana asal usul saya..Saya tidak akan memandang orang lain dengan pandangan hinaan..Ingatlah,Hidup jangan terlalu mendongak langit sehingga lupa dimana bumi di pijak..
Renungkan lah...^__________^
♥ZK♥
Saguhati..Alhamdulillah...
Salam,
Cerita tentang isteriku ratu hatiku..Sebenarnya saya dan hubby memang tak pernah terfikir yang kami akan masuk contest,Ini akibat telah di suruh dengan sepupu aka aunty reen..
Beriye si reen bbm suh saya pegi sri pentas,katanya ada program kanak2..so kami dtg lah bwk anak2 kami tu,tetiba program tuk mak bapak...nak buat mcm mane dh melangkah sebelah kaki,jadi kami teruskan. layan lah pic2 kami yang dari mula hingga la abis..*____*
Sebenarnya rancangan ini di taja oleh JOHSON & JOHSON BABY bersiaran di rancangan WHI TV3..
Hadiah yang ditawarkan agak lumayan.tapi bukan rezeki kami...kami hanya mendapat saguhati..Alhamdulillah..:)
Cerita tentang isteriku ratu hatiku..Sebenarnya saya dan hubby memang tak pernah terfikir yang kami akan masuk contest,Ini akibat telah di suruh dengan sepupu aka aunty reen..
Beriye si reen bbm suh saya pegi sri pentas,katanya ada program kanak2..so kami dtg lah bwk anak2 kami tu,tetiba program tuk mak bapak...nak buat mcm mane dh melangkah sebelah kaki,jadi kami teruskan. layan lah pic2 kami yang dari mula hingga la abis..*____*
Sebenarnya rancangan ini di taja oleh JOHSON & JOHSON BABY bersiaran di rancangan WHI TV3..
Hadiah yang ditawarkan agak lumayan.tapi bukan rezeki kami...kami hanya mendapat saguhati..Alhamdulillah..:)
Monday, 25 February 2013
~MAK~
SHARE IF YOU ♥ YOUR MOM
<--- Sayangilah ibu anda semua . . =))
orang kata aku lahir dari perut mak . . .
(bukan orang kata...memang betul)
bila dahaga,yang susukan aku...mak
bila lapar,yang suapkan aku...mak
bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak
kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak
bila bangun tidur,aku cari...mak
bila nangis,orang pertama yang datang...mak
bila nak bermanja,aku dekati...mak
bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak
bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak
bila nakal,yang memarahi aku...mak
bila merajuk,yang memujukku cuma...mak
bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak
bila takut,yang tenangkan aku...mak
bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak
aku selalu teringatkan...mak
bila sedih,aku mesti talipon...mak
bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak
bila bengang,aku suka luah pada...mak
bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"
bila sakit,orang paling risau adalah...mak
bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak
bila buat hal,yang marah aku dulu...mak
bila ada masalah,yang paling risau...mak
yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak
yang selalu masak makanan kegemaranku...mak
yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak
yang selalu berleter kat aku...mak
yang selalu puji aku...mak
yang selalu nasihat aku...mak
bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak
♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥
bila seronok,aku cari...pasanganku
bila sedih,aku cari....mak
bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku
bila gagal,aku ceritakan pada...mak
bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku
bila berduka,aku peluk erat...emakku
bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku
bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak
bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah
bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"
selalu..aku ingat pasanganku
selalu..mak ingat kat aku
bila-bila..aku akan talipon pasanganku
entah bila..aku nak talipon mak
selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya...
*Terimakasih penulis,Air mata saya tumpah walaupun baru baca suku,terbyg wajah lesu mak,terbyg wajah keletihan mak balik dr kerja,terbyg wajah mak senyum bila sy gembira,terbyg wajah mak disaat ini*
Mak~~~~ ♥ZK♥
Friday, 22 February 2013
Memerah Otak
Sekarang saya sibuk mengoogle mencari idea nak buat CANDY BUFFET untuk hari jadi anak dara saya yang 2 orang tu.Pening jgk kan nk buat,Ikut hati nak jer order,tapi mcm mahal jer package2 yang disediakan,So decide buat sendiri lah..lgpun sy ramai pembantu yg setia..hahahha...
Tema kaler pun saya x tau nak pilih..Pening,semua cantik2..Tahun ni sy mmg nekad nak buat,Sbb irish dh besar,darin pun sama.So mesti dia suka sgt..:)..So gambar2 di bawah akn saya buat contoh..maaf yer tuan punya gambar..Mohon share..SHARING IS CARING..huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)