Wednesday 20 April 2011

Subahana'Allah

Apa yg ingin saya kongsi di laman sy sedikit sebanyak memberikan keinsafan pada diri sy sendiri,
Saya umatnya yang terlalu lalai dan leka dgn pentas dunia yg penuh warna warni..
Walhal sejak dari kecil ibu sy mengajar sy ttg agama,tidak cukup dgn itu ibu sy menghantar sy mengaji dn sekolah agama..

Yaallah,sungguh besar kuasamu..

Asal api didunia,ketika nabi adam di hantar kedunia kerana kesalahannya memakan buah larangan,
maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibrail supaya mengambil sedikit api neraka untuk dihantar kedunia bagi kegunaan nabi adam,maka jibrail pun di perintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api iaitu Malaikat Zabaniah,

Jibrail : Wahai zabaniah,aku di perintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka bagi dihantar
            kedunia untuk kegunaan Adam disana.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu wahai Jibrail?

Jibrail : Berilah sebesar '' buah kurma ''.

Zabaniah : Oh tidak....kalau sebesar buah kurma api neraka itu yang engkau bawa,nescaya akan cairlah
                 7 lapis langit dan 7 lapis bumi akibat kepanasan.

Jibrail : Kalau begitu berilah kepadaku sebesar separuh dari buah kurma.

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan
                 turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di
                 bumi nanti.

Maka jibrail menjadi buntu untuk meminta sebesar mana api yang di mana api yang di minta.Dia pun lalu menghadap Allah untuk mengetahui sendiri saiz api yang perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibrail mengambil sebesar zarah yakni sebesar atom yang tidak dapat dilihat oleh mata.


Maka Jibrail mengambil api neraka sebesar zarah dari malaikat zabaniah,tetapi akibat terlalu panas,api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupkannya didalam 70 buah sungai dan di setiap sungai itu direndam pula sebanyak 70 kali.

selepas itu baharulah jibrail membawa turun api tersebut dan di letakkan di atas bukit yang tinggi,Sejurus
setelah diletakkan,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan mencair.Bimbangkan dunia ini akan lebur,maka segeralahMalakat jibrail mengambil semula api tersebut dan menghantarnya semula ke neraka.Sisa-sisa api itulah yang terdapat di dunia ini seperti yang sering kita gunakan pada hari ini untuk pelbagai keperluan bahkan termasuklah dari api gunung berapi dan sbgnya..

Bayangkanlah kepanasa api neraka yg sebesar zarah terpaksa dicelupkan dahulu,Jadinya kita sebgai umatnya,mampukah bertahan di dalam api tersebut???Boleh kah amalan kita yang sedikit itu dapat menyejukan api disana??

''NAUZUBILLAH''

No comments:

Post a Comment