Thursday 20 September 2012

Hari Raya Tahun Ini


Syukur alhamdulillah,

Sekali lagi saya diberikan peluang untuk menyambut hari raya bersama suami,anak2 dan keluarga.
Cuma tahun ini raya agak hambar disebabkan kejadian2 yang tidak disangka.

Ya,urusan allah s.w.t,tiada sorang pun yang tahu apa yang telah direncanakan untuk kita semua.Saya amat bersyukur kerana terpilih untuk menjalani ujian ini,dan saya yakin allah s.w.t memilih saya kerana dia percaya saya amat kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan2 ini...

Alhamdulillah,di sudut hati sedih,ada juga terpalit rasa gembira,apabila melihat anak2 membesar dengan sempurna didepan mata.Di pagi raya memandikan mereka,memakaikan mereka baju baru yang ditempah khas.Saya yakin anak2 tidak tahu apa maksud raya,yang mereka tahu raya menyarung baju baru.
Gelihati juga melihat anak2 menyanyikan lagu raya dengan pelat2nye.Apapun sekali lagi saya bersyukur dengan anugerah terindah dari Allah s.wt
   Zura Kharuddin

No comments:

Post a Comment