Thursday 25 October 2012

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha



Salam,

Esok perayaan AidilAdha...Tapi saya rasa kosong...Walaupun hakikatnya,Raya AidilAdha lagi bermakna dari Raya AidilFitri.Mungkin sebab di selangor,raya AidilAdha tidak mendapat sambutan..

Tidak seperti di Kelantan,Terengganu atau Kedah,pasti meriah....Kalau Raya AidilFiti tu,bukan main lagi persiapan..Tapi Raya AidilAdha..NO BAJU BARU,NO KUIH RAYA,NO DUIT RAYA

Raya pertama,saya dah berjanji dengan mak nak bawa mereka pergi ke salayang beraya rumah Mak Long....Insyaallah kami  pergi menjenguk maklong aka kakak ayah saya...Disebabkan raya puasa saya tak berjalan kemana-mana..Iyelah Ayah saya kan jatuh sakit.

Cuma kali ini agak meriah kerana raya ke-2 pula rumah ayah mertua saya di pilih untuk mengadakan korban,jadinya pasti meriah dengan kehadiran orang-orang kampung...Dengar cerita akan didirikan khemah,korban lembu 3 ekor...dan ada masak-mask untuk jamuan makan malam....fuhhhh..pasti meriahlah...

Apapun saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk umat islam di seluruh dunia...



Kata Hati
ZK



No comments:

Post a Comment